Monday, November 1, 2010

Ini betol-betol PRANK!

p/s: Ini berita lama.



'Bini puaka' seret 2 siswa ke mahkamah -mkini.

 Gara-gara didakwa menconteng perkataan- perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Rosmah Mansor, dua pelajar Universiti Malaya dihadapkan ke mahkamah hari ini.

Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli dituduh bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25.

Selain menconteng, mereka juga dituduh menyimbah petrol di permaidani merah beberapa jam sebelum dilalui oleh isteri Datuk Seri Najib Razak, pagi Rabu lalu. 



Dua pelajar Akademi Pengajian Islam itu juga dituduh bawah Seksyen 436 kanun yang sama iaitu kesalahan khianat dengan api atau benda letupan dengan niat merosakkan harta benda.

Seksyen 427 membawa hukuman dua tahun penjara, sementara Seksyen 436 mengakibatkan maksimum 20 tahun penjara. Kesalahan itu juga boleh didenda, jika disabitkan.






Diorang ni kan, kalau nak bodek, orang buat lawak sikit pun nak ambik serius. Rilek-rilek je sudah la. Itu baru prank sikit dah menggelabah. Meh sini tengok prank yang lain. Ini baru betol-betol PRANK!


-BEAR IN BED- 

-CRAZY SIGN-



-HAPPY BDAY BEN.FRANKLIN-


-GIANT PAPER PLANE-

Ini betol-betol PRANK!
source: MIT HACK

No comments:

Post a Comment