Monday, November 1, 2010

Ini betol-betol PRANK!

p/s: Ini berita lama.



'Bini puaka' seret 2 siswa ke mahkamah -mkini.

 Gara-gara didakwa menconteng perkataan- perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Rosmah Mansor, dua pelajar Universiti Malaya dihadapkan ke mahkamah hari ini.

Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli dituduh bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25.

Selain menconteng, mereka juga dituduh menyimbah petrol di permaidani merah beberapa jam sebelum dilalui oleh isteri Datuk Seri Najib Razak, pagi Rabu lalu. 



Dua pelajar Akademi Pengajian Islam itu juga dituduh bawah Seksyen 436 kanun yang sama iaitu kesalahan khianat dengan api atau benda letupan dengan niat merosakkan harta benda.

Seksyen 427 membawa hukuman dua tahun penjara, sementara Seksyen 436 mengakibatkan maksimum 20 tahun penjara. Kesalahan itu juga boleh didenda, jika disabitkan.






Diorang ni kan, kalau nak bodek, orang buat lawak sikit pun nak ambik serius. Rilek-rilek je sudah la. Itu baru prank sikit dah menggelabah. Meh sini tengok prank yang lain. Ini baru betol-betol PRANK!


-BEAR IN BED- 

-CRAZY SIGN-



-HAPPY BDAY BEN.FRANKLIN-


-GIANT PAPER PLANE-

Ini betol-betol PRANK!
source: MIT HACK

Ini betol-betol sayang bini!

Rosmah pemangku PM jadi tanda tanya

KUALA LUMPUR, 1 Nov: Tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mewakili Perdana Menteri dalam majlis yang tidak boleh disertainya menimbulkan pelbagai persoalan kini apakah beliau adalah pemangku perdana menteri.

"Saya keliru. Jika PM tidak sihat, bukankah sepatutnya timbalan perdana menteri yang mewakili beliau dan kerajaan, dan bukan Rosmah? Atau dia (Rosmah) pemangku PM," kata Malik Imtiaz Sharwa seorang peguam terkenal dalam twitternya.

Semalam, Rosmah telah berucap mewakili PM di Karnival Deepavali 1Malaysia di Litle India dekat Brickfield.



Dalam majlis itu, Najib melalui teks ucapan yang dibacakan oleh isterinya berjanji akan membantu orang India di negara ini.

Najib telah didapati mempunyai tanda-tanda awal sakit chicken pox dan diminta berehat oleh doktor. - harakahdaily.net







pix taken from thestar.com by Glenn Guan
cerita the star di SINI

Ini betol-betol sayang bini! Bini demam tercampak, 'takpa, I boleh cover. Tak perlu talipon timbalan lah.' Makcik ni memang dah melalut. Mula-mula claim diri jadi First Lady of Malaysia, sekarang ni jadi pemangku PM pulak. Lepas ni bila Najib sakit, Dottie boleh pengerusikan Mesyuarat Kabinet. Lepas ni bila Najib sakit, Dottie boleh rasmikan majlis itu majlis ini. Lepas ni bila Najib sakit, Dottie boleh pergi melawat negara sana sini jumpa PM dan Presiden negara sana sini. Jangan terkejut kalau terjadi!


Sayang isteri suap-suapkan
Itulah, nak buat macam mana, sayangkan isteri punya pasal, pemangku pun pemangkulah. Tapi tindakan Dottie ini sebenarnya sekali lagi telah membuatkan orang yang sepatutnya berada di tempat tersebut menjadi seperti orang berjawatan kosong. Sampai tersembab-sembab muka, pun tak lepas jugak.

nak buat camana, dia besar!

Siapa First Lady of Malaysia?
Sila klik SINI!

Sunday, October 31, 2010

Ini betol-betol Malukan ISA!!

...selalunya kita akan nampak yang begini...


...dan begini...


...juga begini...


...termasuk begini...


....tttaaaaaaappppiiiii,


..:: INI BETOL-BETOL MALUKAN ISA ::..



..:: TUAN JANGGUT DI DEPAN KEDUTAAN MALAYSIA ::..


..:: tuan janggut dan rakan-rakan ::..


Sedangkan di luar sana pun orang berdegar-degar membantah ISA, tapi Pekembar di sini masih lagi mempertahankan ISA. Si Rais Yatim yang menggunakan platform mansuhkan ISA dalam tesis beliau untuk dapatkan PHD, pun meludah ke tesis sendiri bila duduk sama menyokong akta kezaliman ini. Kalau dilihat dari gambar-gambar demo di London ini (diambil sedikit dari malaysia-today.net TANPA KEBENARAN!), bukan yang bermuka melayu saja, bukan bermata sepet cina saja, bukan gelap kulitnya seperti kaum india saja, tapi yang putih melepak mat saleh pun turut sama. Malulah satu Malaysia, orang kt London pun bantah ini akta, orang kat Malaysia ni yang kononnya kaya dengan budaya timur yang lemah lembut dan berbudi bahasa (PTUIH!) beriya menyokong dan mendukung akta zalim ini. Aku tahu, semua orang pun tahu, ini sahaja akta yang boleh menyelamatkan Pekembar. Macam la orang tak tahu.



...berubahlah sekarang, anda mampu mengubahnya...


BERITA PENUH PROTES ANTI ISA DI LONDON---> KLIK

Friday, October 29, 2010

Ini betol-betol katil!

Adakah selama ini katil kita seperti ini....


...dan seperti ini...


...atau bujang terasing seperti ini...


Aku jamin belum ada lagi yang dapat celen katil-katil yang selepas ini. Nak tahu sebab apa? Sebab...




INI BETOL-BETOL KATIL

Katil untuk berguling


Katil untuk berlipat

Katil untuk 'bergulung'

Katil untuk bergolek

Katil kurang kasih sayang - kecik2 xdapat buaian.

Thursday, October 28, 2010

Ini betol-betol betol!

INI WIRA PEKASAM
(apesal aku mcm kenal yg baju belang tu?)
PERKASA tukar hala, anjur demo bantah hab hiburan


Jika semalam PERKASA berpendapat cadangan kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan malam bagi memacu industri pelancongan patut dilaksanakan di tempat yang khusus tetapi hari ini NGO itu mengubah pendirian mereka.


“PERKASA berdiri teguh dalam prinsip agenda memartabatkan perjuangan agama, bangsa, tanahair - secara tegas tidak akan kompromi dalam isu-isu yang menjejaskan martabat agama Islam. Saya berdiri teguh bersama-sama NGO lain yang membantah perlaksanaan hab hiburan malam ini,” kata ketua wiranya, Arman Azha Abu Hanifah dalam satu kenyataan. -mkini.











Ape-apehal gelak dulu. 

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!

Ok. Ini betol-betol betol. Kalau semalam cakap boleh tonggang-tonggang, boleh china doll, boleh entot-entot, hari ni baru teringat dosa, boleh taubat. Tak apalah, dah betol-betol betol di landasan dah tu. Tapi lepas ni janganlah buat benda yang sama. Hari boleh buat dosa, hari esok taubat la. Haaa..Ini ada serupa sapa? Ini ada serupa kaum mana? Ini perkara biasa dalam Malaysia. Ini betol-betol punya betol. Jangan malu, jangan segan. Orang putih kata, 'It runs in the blood'. Darah apa? haha~ Sendiri mau ingat.

Ini betol-betol hottie!

 

Allison Stokke - March 22, 1989 - Norwalk, California - 5' 7" - US Pole Vaulter



isi minyak pun hot!

selak rambut pun hot!

zaman skolah menengah pun hot!

duduk saja pun hot!

terbalik pun hot!

tak buat apa-apa pun hot!

kuak tangan pun hot!

INI BARU BETOL-BETOL HOT!
(tiba-tiba minat nak tengok pole vault)

Ini betol-betol mental!

PERKASA: Hab hiburan perlu di tempat khusus


Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) berpendapat cadangan kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan malam bagi memacu industri pelancongan patut dilaksanakan di tempat yang khusus.
"(Dalam) soal agama, Wira Perkasa tak kompromi dalam memartabatkan agama, bangsa dan tanah air.

"Sebab itu lebih baik disediakan hub untuk operasi bagi memenuhi minta 'mereka' yang sebegitu di suatu tempat yang khusus," kata ketua Wiranya Arman Azha Abu Hanifah.



Dalam satu kenyataannya kepada Malaysiakini hari ini, Azman Azha berkata, tindakan itu dapat memudahkan pemantauannya daripada aspek keselamatan dan jenayah kerana menurutnya pusat hiburan sekarang ini ada di mana-mana dan sukar dikawal.

Dalam perkembangan berkaitan, pelbagai NGO Islam mula menyuarakan bantahan mereka terhadap cadangan itu, termasuklah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Angkatan Beliau Islam Malaysia (ABIM) dan Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPPM). -mkini.






Ini memang betol-betol mental. Kenyataan wira ini memang buat orang Melayu speechless. Kenyataan wira pekasam ini memang serupa mengipas bontot berapi, makin dikipas makin besar api, makin kembang lubang bontot.

Dah terang-terangan katanya nak buat kelab malam. Kelab malam itu bukan jual kopi tarik, tongkat ali 'kaw', roti canai roti kirai, nasik lemak ayam rempah, sirap limau perisa bandung. Kelab malam itu tempat beronggeng, tanik-tanik, tonggang-tonggang, tonggeng-tonggeng, entot-entot. Tempat khusus untuk aktiviti seperti itu adalah di sebelah masjid. Senang nak pantau keselamatan dan jenayah, seperti menurut kata wira pekasam.

Kini memang betol-betol terbuktilah, wira pekasam ini perjuangkan melayu. Memang betol-betol mental. Semangat bangsa melayu dijulang-julang, biarpun agama itu disisih, asalkan boleh memajukan bangsa tak apa. Ramai melayu nak ronggeng malam minggu, tipu anak tipu isteri, bohong mertua bohong laki, itulah perlunya tempat-tempat sebegini. Letak ditempat khusus supaya kalau suami hilang isteri, isteri hilang suami, mak bapak hilang anak, anak hilang mak bapak, dah tahu mana nak cari. Boleh mengurangkan statistik orang hilang disamping boleh beronggeng-ronggeng minum todi.

Dosa sikit tak apa, bila campur dengan pahala yang banyak-banyak tu nanti jadi neutral la. BODO PIANG! Ini memang betol-betol mental! Mental PEKASAM!

tulisan jawi ini hanya hiasan
TUJUAN DAN MATLAMAT PERKASA: (dipetik dari blog ini )

1. Memperkasakan Islam sebagai Agama Persekutuan
2. Memperkasakan kedaulatan Raja-Raja Melayu
3. Mempertahankan hak-hak keistimewaan Orang Melayu
4. Memperkasakan kaum Pribumi
5. Memperetahankan kedaulatan Negara
6. Memperkasakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan

"(Dalam) soal agama, Wira Perkasa tak kompromi dalam memartabatkan agama, bangsa dan tanah air." (silap aturan. letak bangsa dulu, tanah air no.2, agama last skali..kalau ada Ibrahim Ali, sila letak paling depan.) 

..:: *puuuuuuttttt~ puuuuuuuuuuuuttttt~ kentut berbunyi halus ::..

Tuesday, October 26, 2010

Ini betol-betol takut!

Kereta tempur: RM8 bilion lebih bermanfaat untuk rakyat



KUALA LUMPUR, 26 Okt: Keputusan kerajaan meneruskan hasrat membeli 257 unit kereta tempur berperisai AV8 (APC) bernilai RM8 bilion wajar dipersoal, kata Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. D. Jayakumar.
Menurut beliau, sebut harga yang ditawarkan oleh DRB-Hicom Defence Technologies Sdn. Bhd. (Deftech) adalah tiga kali ganda lebih mahal dari harga pasaran sebuah APC terbaik di peringkat dunia; iaitu tidak melebihi RM10 juta seunit.
"Dengan hara RM31 juta sebuah sedangkan harga sebuah APC terkemuka di dunia hanya RM10 juta, maka tiga kali gandalah," ujarnya petang tadi di Dewan Rakyat.
Difahamkan, kerajaan sepatutnya memerlukan RM2.57 juta sahaja untuk membeli 257 APC, bukannya RM8 bilion seperti yang dipersetujui Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid bersama Deftech.
Disebabkan itu, katanya Ahmad Zahid tidak wajar mengaku di Dewan Rakyat untuk meneruskan rundingan tertutup itu apabila ditanya oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua pada 12 Oktober lalu.
"Jawapan kepada YB Tony Pua, 'ya' mereka (Kementerian Pertahanan) mahu buat (rundingan)," ujarnya ditujukan kepada Ahmad Zahid. -harakahdaily.



Ini betol-betol punya takut. Dah pakai FRU, dah pakai ISA, dah pakai PDRM, dah pakai RELA, dah pakai Pemuda, dah pakai Petua, semua pun tak jalan. Rakyat masih lagi nak sokong pihak Pakatan Rakyat. Mungkin ini salah satu cara terbaik untuk mendapatkan sokongan rakyat, secara paksa. Dulu baling tear gas, dulu tangkap pukul sekarang ni pang-pang-tebabo je lah.


Ini betol-betol takut. Pakatan Rakyat ni pun satu lah, tak habis-habis nak bangkang. Kalau asyik bangkang-bangkang, sampai bila nak maju? Kalau asyik bangkang-bangkang, siapa nak bayar duit kereta mewah bulan-bulan? Siapa nak bayar loan berjuta-juta? Siapa yang dapat komisen? Ini kereta perisai, harga 3 kali ganda, kuasa pun mesti tiga kali ganda. Takkan itu pun tak boleh faham? Tak lama lag nak PRU-13 pulak, APC semua ni mestilah kena sedia sebab nak pertahankan Putrajaya, walau berkecai tulang dan badan. Sebab tu lah kena ada APC ni. Inilah dikatakan Betol-Betol takut!

Ape2hal pun i nak nyanyi dulu..


Apa? Komisen? Mana adaa...Komisen apa?