Sunday, October 31, 2010

Ini betol-betol Malukan ISA!!

...selalunya kita akan nampak yang begini...


...dan begini...


...juga begini...


...termasuk begini...


....tttaaaaaaappppiiiii,


..:: INI BETOL-BETOL MALUKAN ISA ::..



..:: TUAN JANGGUT DI DEPAN KEDUTAAN MALAYSIA ::..


..:: tuan janggut dan rakan-rakan ::..


Sedangkan di luar sana pun orang berdegar-degar membantah ISA, tapi Pekembar di sini masih lagi mempertahankan ISA. Si Rais Yatim yang menggunakan platform mansuhkan ISA dalam tesis beliau untuk dapatkan PHD, pun meludah ke tesis sendiri bila duduk sama menyokong akta kezaliman ini. Kalau dilihat dari gambar-gambar demo di London ini (diambil sedikit dari malaysia-today.net TANPA KEBENARAN!), bukan yang bermuka melayu saja, bukan bermata sepet cina saja, bukan gelap kulitnya seperti kaum india saja, tapi yang putih melepak mat saleh pun turut sama. Malulah satu Malaysia, orang kt London pun bantah ini akta, orang kat Malaysia ni yang kononnya kaya dengan budaya timur yang lemah lembut dan berbudi bahasa (PTUIH!) beriya menyokong dan mendukung akta zalim ini. Aku tahu, semua orang pun tahu, ini sahaja akta yang boleh menyelamatkan Pekembar. Macam la orang tak tahu.



...berubahlah sekarang, anda mampu mengubahnya...


BERITA PENUH PROTES ANTI ISA DI LONDON---> KLIK

Friday, October 29, 2010

Ini betol-betol katil!

Adakah selama ini katil kita seperti ini....


...dan seperti ini...


...atau bujang terasing seperti ini...


Aku jamin belum ada lagi yang dapat celen katil-katil yang selepas ini. Nak tahu sebab apa? Sebab...




INI BETOL-BETOL KATIL

Katil untuk berguling


Katil untuk berlipat

Katil untuk 'bergulung'

Katil untuk bergolek

Katil kurang kasih sayang - kecik2 xdapat buaian.

Thursday, October 28, 2010

Ini betol-betol betol!

INI WIRA PEKASAM
(apesal aku mcm kenal yg baju belang tu?)
PERKASA tukar hala, anjur demo bantah hab hiburan


Jika semalam PERKASA berpendapat cadangan kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan malam bagi memacu industri pelancongan patut dilaksanakan di tempat yang khusus tetapi hari ini NGO itu mengubah pendirian mereka.


“PERKASA berdiri teguh dalam prinsip agenda memartabatkan perjuangan agama, bangsa, tanahair - secara tegas tidak akan kompromi dalam isu-isu yang menjejaskan martabat agama Islam. Saya berdiri teguh bersama-sama NGO lain yang membantah perlaksanaan hab hiburan malam ini,” kata ketua wiranya, Arman Azha Abu Hanifah dalam satu kenyataan. -mkini.











Ape-apehal gelak dulu. 

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!

Ok. Ini betol-betol betol. Kalau semalam cakap boleh tonggang-tonggang, boleh china doll, boleh entot-entot, hari ni baru teringat dosa, boleh taubat. Tak apalah, dah betol-betol betol di landasan dah tu. Tapi lepas ni janganlah buat benda yang sama. Hari boleh buat dosa, hari esok taubat la. Haaa..Ini ada serupa sapa? Ini ada serupa kaum mana? Ini perkara biasa dalam Malaysia. Ini betol-betol punya betol. Jangan malu, jangan segan. Orang putih kata, 'It runs in the blood'. Darah apa? haha~ Sendiri mau ingat.

Ini betol-betol hottie!

 

Allison Stokke - March 22, 1989 - Norwalk, California - 5' 7" - US Pole Vaulter



isi minyak pun hot!

selak rambut pun hot!

zaman skolah menengah pun hot!

duduk saja pun hot!

terbalik pun hot!

tak buat apa-apa pun hot!

kuak tangan pun hot!

INI BARU BETOL-BETOL HOT!
(tiba-tiba minat nak tengok pole vault)

Ini betol-betol mental!

PERKASA: Hab hiburan perlu di tempat khusus


Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) berpendapat cadangan kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan malam bagi memacu industri pelancongan patut dilaksanakan di tempat yang khusus.
"(Dalam) soal agama, Wira Perkasa tak kompromi dalam memartabatkan agama, bangsa dan tanah air.

"Sebab itu lebih baik disediakan hub untuk operasi bagi memenuhi minta 'mereka' yang sebegitu di suatu tempat yang khusus," kata ketua Wiranya Arman Azha Abu Hanifah.



Dalam satu kenyataannya kepada Malaysiakini hari ini, Azman Azha berkata, tindakan itu dapat memudahkan pemantauannya daripada aspek keselamatan dan jenayah kerana menurutnya pusat hiburan sekarang ini ada di mana-mana dan sukar dikawal.

Dalam perkembangan berkaitan, pelbagai NGO Islam mula menyuarakan bantahan mereka terhadap cadangan itu, termasuklah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Angkatan Beliau Islam Malaysia (ABIM) dan Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPPM). -mkini.






Ini memang betol-betol mental. Kenyataan wira ini memang buat orang Melayu speechless. Kenyataan wira pekasam ini memang serupa mengipas bontot berapi, makin dikipas makin besar api, makin kembang lubang bontot.

Dah terang-terangan katanya nak buat kelab malam. Kelab malam itu bukan jual kopi tarik, tongkat ali 'kaw', roti canai roti kirai, nasik lemak ayam rempah, sirap limau perisa bandung. Kelab malam itu tempat beronggeng, tanik-tanik, tonggang-tonggang, tonggeng-tonggeng, entot-entot. Tempat khusus untuk aktiviti seperti itu adalah di sebelah masjid. Senang nak pantau keselamatan dan jenayah, seperti menurut kata wira pekasam.

Kini memang betol-betol terbuktilah, wira pekasam ini perjuangkan melayu. Memang betol-betol mental. Semangat bangsa melayu dijulang-julang, biarpun agama itu disisih, asalkan boleh memajukan bangsa tak apa. Ramai melayu nak ronggeng malam minggu, tipu anak tipu isteri, bohong mertua bohong laki, itulah perlunya tempat-tempat sebegini. Letak ditempat khusus supaya kalau suami hilang isteri, isteri hilang suami, mak bapak hilang anak, anak hilang mak bapak, dah tahu mana nak cari. Boleh mengurangkan statistik orang hilang disamping boleh beronggeng-ronggeng minum todi.

Dosa sikit tak apa, bila campur dengan pahala yang banyak-banyak tu nanti jadi neutral la. BODO PIANG! Ini memang betol-betol mental! Mental PEKASAM!

tulisan jawi ini hanya hiasan
TUJUAN DAN MATLAMAT PERKASA: (dipetik dari blog ini )

1. Memperkasakan Islam sebagai Agama Persekutuan
2. Memperkasakan kedaulatan Raja-Raja Melayu
3. Mempertahankan hak-hak keistimewaan Orang Melayu
4. Memperkasakan kaum Pribumi
5. Memperetahankan kedaulatan Negara
6. Memperkasakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan

"(Dalam) soal agama, Wira Perkasa tak kompromi dalam memartabatkan agama, bangsa dan tanah air." (silap aturan. letak bangsa dulu, tanah air no.2, agama last skali..kalau ada Ibrahim Ali, sila letak paling depan.) 

..:: *puuuuuuttttt~ puuuuuuuuuuuuttttt~ kentut berbunyi halus ::..

Tuesday, October 26, 2010

Ini betol-betol takut!

Kereta tempur: RM8 bilion lebih bermanfaat untuk rakyat



KUALA LUMPUR, 26 Okt: Keputusan kerajaan meneruskan hasrat membeli 257 unit kereta tempur berperisai AV8 (APC) bernilai RM8 bilion wajar dipersoal, kata Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. D. Jayakumar.
Menurut beliau, sebut harga yang ditawarkan oleh DRB-Hicom Defence Technologies Sdn. Bhd. (Deftech) adalah tiga kali ganda lebih mahal dari harga pasaran sebuah APC terbaik di peringkat dunia; iaitu tidak melebihi RM10 juta seunit.
"Dengan hara RM31 juta sebuah sedangkan harga sebuah APC terkemuka di dunia hanya RM10 juta, maka tiga kali gandalah," ujarnya petang tadi di Dewan Rakyat.
Difahamkan, kerajaan sepatutnya memerlukan RM2.57 juta sahaja untuk membeli 257 APC, bukannya RM8 bilion seperti yang dipersetujui Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid bersama Deftech.
Disebabkan itu, katanya Ahmad Zahid tidak wajar mengaku di Dewan Rakyat untuk meneruskan rundingan tertutup itu apabila ditanya oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua pada 12 Oktober lalu.
"Jawapan kepada YB Tony Pua, 'ya' mereka (Kementerian Pertahanan) mahu buat (rundingan)," ujarnya ditujukan kepada Ahmad Zahid. -harakahdaily.



Ini betol-betol punya takut. Dah pakai FRU, dah pakai ISA, dah pakai PDRM, dah pakai RELA, dah pakai Pemuda, dah pakai Petua, semua pun tak jalan. Rakyat masih lagi nak sokong pihak Pakatan Rakyat. Mungkin ini salah satu cara terbaik untuk mendapatkan sokongan rakyat, secara paksa. Dulu baling tear gas, dulu tangkap pukul sekarang ni pang-pang-tebabo je lah.


Ini betol-betol takut. Pakatan Rakyat ni pun satu lah, tak habis-habis nak bangkang. Kalau asyik bangkang-bangkang, sampai bila nak maju? Kalau asyik bangkang-bangkang, siapa nak bayar duit kereta mewah bulan-bulan? Siapa nak bayar loan berjuta-juta? Siapa yang dapat komisen? Ini kereta perisai, harga 3 kali ganda, kuasa pun mesti tiga kali ganda. Takkan itu pun tak boleh faham? Tak lama lag nak PRU-13 pulak, APC semua ni mestilah kena sedia sebab nak pertahankan Putrajaya, walau berkecai tulang dan badan. Sebab tu lah kena ada APC ni. Inilah dikatakan Betol-Betol takut!

Ape2hal pun i nak nyanyi dulu..


Apa? Komisen? Mana adaa...Komisen apa?


Ini betol-betol enjoy!

ETP: Lebih banyak kelab malam, spa akan dibina


Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).


Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.


Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan semalam, ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan. - mkini.








Haaa...Ini baru betol-betol enjoy! Kalau dulu kelab malam buka sampai pukul 3 pagi, lepas ni boleh buka sampai pukul 8 pagi. Lepas sedap-sedap boleh pegi masuk ofis. Nak lagi best, masa lunch time pun boleh pegi cucuk langit. Ini baru betol-betol enjoy!


Ini baru betol-betol enjoy! Kalau dulu Pussy Cat Dolls datang Sunway tayang-tayang peha, tunjuk-tunjuk *TEEETTT!, lepas tu Adam Lambert pun datang buat show, lepas ni boleh la panggil Deicide, Mercyful Fate, Mayhem dan Gorgoroth pulak. Tu semua band internasional. Boleh la mereka buat ceramah bergerak untuk sebarkan fahaman Satanism.




Ini baru betol-betol enjoy! Acara F1 akan dipakejkan semula, atau dengan bahasa lebih mudah, dibungkuskan. Kalau kini setiap kali F1 akan ada Speedzone Party, lepas ni cub-prix pun boleh buat Speedzone Party. Supplier beer tersenyum mengenangkan laba hasil jualan beer tak lama lagi.

Ini baru betol-betol enjoy! Mungkin ada cadangan dari pucuk pimpinan, ahli Pekembar semakin bertambah-tambah, setiap kali perhimpunan disko dangdut jadi sarat. Ahli bertambah, setiap kali perhimpunan tak cukup botol air dihidang. Bila ada yang sebegini, barulah lapang sikit disko dangdut, barulah Datuk-Datuk, Abang-Abang, boleh usung-usung, peluk-peluk, rapat-rapat. Ini barulah betol-betol enjoy!


Yang lain tu bunga saja, yang penting ENJOY!

Saturday, October 23, 2010

Ini betol-betol berenang!

US national swimmer dies in overseas race

PHILADELPHIA (AP)—Fran Crippen, a medal-winning open-water swimmer on the U.S. national team, told his coach he wasn’t feeling well late in a race before he died in the United Arab Emirates on Saturday.
The 26-year-old from a family of prominent swimmers in suburban Philadelphia was competing in the FINA Open Water 10-kilometer World Cup in Fujairah, south of Dubai, but failed to finish and was found in the water two hours later, according to Swimming World.
FINA President Julio Maglione of Uruguay said he was told that after eight kilometers Crippen told his coach that he wasn’t feeling well.
“He continued and he was found in the deep of the water,” Maglione said from Acapulco, Mexico, where he was attending Olympic meetings.
Crippen’s family is well-known in the swimming world. Maddy Crippen swam for Villanova and competed in the 2000 Sydney Olympics, Claire Crippen was an NCAA All-American at Virginia, and Teresa Crippen currently swims for the University of Florida and is a member of the U.S. national team
“He was our hero,” said Maddy Crippen, reached at her parents’ home in Conshohocken. “We loved him very much, and we’ll all miss him.”

Maglione said it was the first death in any FINA event.- Yahoo! Sports


Wow! Ini memang betol-betol berenang. Ini barulah dikatakan semangat kesukanan yang tinggi dan semangat kenegaraan yang tinggi. Berlumba biar sampai penamatnya, walau berkecai tulang dari badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Inilah baru betol-betol semangat yang kita cari selama ini. Kita bukan nak mencari semangat kesukanan yang dibayar berjuta-juta. Kita tak mencari semangat kesukanan yang hanya mengharapkan kemasyhuran dunia. Apa guna letak duit berjuta ringgit kalau nak lepas qualification round pun susah? Tengok tu, berenang sampaikan tak perasan. Ini baru betol-betol berenang!

..:: my highest condolence to all the Crippen Family for the lost of Fran. ::..

Ini betol-betol berani!

Mendaya: Adakah Najib ‘menjalankan tipu daya’


KUALA LUMPUR, 22 Okt: Perkataan  'mendaya'  yang digunakan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak pada ucapan dasarnya 'Mendaya Bangsa Meneraju Kemakmuran' dilihat mengelirukan.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Edisi Ketiga, tafsiran rasmi  'mendaya'  adalah ialah "menjalankan tipu daya (muslihat), menipu".
Pun begitu, Utusan Malaysia (muka surat 2) hari ini melaporkan, "ucapan bertajuk  'Mendaya Bangsa Meneraju Kemakmuran'  yang disampaikan dalam nada yang serius itu berjaya memaku para perwakilan dan pemerhati selama satu setengah jam untuk sama-sama menghayati menghayati isi hati dan wawasan perjuangan beliau (Najib)”.
Dijangkakan kalimah  'mendaya'  yang digunakan Najib bakal menggamit polemik awam khususnya pada sambungan sidang Dewan Rakyat, Isnin depan. - harakahdaily.net

Ini memang betol-betol berani. Kalau nak menipu, jangan sorok-sorok. Kalau nak membohong, jangan menyorok-nyorok. Kalau setakat menipu dengan orang kampung, tak siapa nak pandang. Kalau setakat membohong dengan orang tua, budak sekolah rendah pun boleh buat. Kalau nak menipu terang-terangan, buat secara professional. Biar ada liputan seluruh dunia, biar ada kamera berpetik sini-sana, biar ada pengikut yang memang setia, walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa, mereka pasti akan setia, dulu, kini dan selamanya. Ini baru betul cara kalau nak buat begitu. Tak perlu keluar dakwa-dakwi, tak perlu mengarang dakyah-dahyih, bukak kamus dewan dan cari perkataan sesuai. Honesty is the best policy! Kejujuran itu penting, sebab tu mesti bagitau awal-awal yang kita nak 'Mendaya Bangsa, Meneraju Kemakmuran'. Bila bangsa sudah di'mendaya', kemakmuran tu automatik akan diteraju, Diteraju oleh siapa? Ini kena tengok betol-betol siapa yang berani. Barulah betol-betol ketuanan! Mendaya tu apa? Kau ni memang betol-betol la. Ni namanya mendaya:

klik untuk pautan ke Kamus Dewan

Betol-Betol Pecah Tanah


Dimulakan dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, dengan ini maka bermulalah satu blog yang betol-betol blog. Kandungan dan entri-entri selanjutnya di dalam blog ini kemungkinan berunsur humor, lawak jenaka, dan apa sahaja yang berkaitan sama ada dengan dunia luar negara, dalam negara, hal ehwal politik, sukan, hiburan, dan apa sahaja yang memang betol-betol belaka. Segalanya akan diadaptasi dan dimanipulasi secukupnya bagi tatapan mata pembaca yang betol-betol membaca sahaja, dan betol-betol mengikut. Kalau tak betol-betol ikut pun, betol-betol baca pun boleh. Jadi dengan ini secara rasminya upacara pecah tanah akan dimulakan sebaik butang 'PUBLISH POST' di bawah betol-betol ditekan, dan entri ini betol-betol sudah keluar. Sekian.

INI TANAH PECAH!!
COBAAAANNN~ 



INI BETOL-BETOL PECAH TANAH
Ini Pecah Tanah.