Rosmah pemangku PM jadi tanda tanyaKUALA LUMPUR, 1 Nov: Tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mewakili Perdana Menteri dalam majlis yang tidak boleh disertainya menimbulkan pelbagai persoalan kini apakah beliau adalah pemangku perdana menteri.
"Saya keliru. Jika PM tidak sihat, bukankah sepatutnya timbalan perdana menteri yang mewakili beliau dan kerajaan, dan bukan Rosmah? Atau dia (Rosmah) pemangku PM," kata Malik Imtiaz Sharwa seorang peguam terkenal dalam twitternya.
Semalam, Rosmah telah berucap mewakili PM di Karnival Deepavali 1Malaysia di Litle India dekat Brickfield.
Dalam majlis itu, Najib melalui teks ucapan yang dibacakan oleh isterinya berjanji akan membantu orang India di negara ini.
Najib telah didapati mempunyai tanda-tanda awal sakit chicken pox dan diminta berehat oleh doktor. - harakahdaily.net
![]() |
| pix taken from thestar.com by Glenn Guan |
cerita the star di SINI
Ini betol-betol sayang bini! Bini demam tercampak, 'takpa, I boleh cover. Tak perlu talipon timbalan lah.' Makcik ni memang dah melalut. Mula-mula claim diri jadi First Lady of Malaysia, sekarang ni jadi pemangku PM pulak. Lepas ni bila Najib sakit, Dottie boleh pengerusikan Mesyuarat Kabinet. Lepas ni bila Najib sakit, Dottie boleh rasmikan majlis itu majlis ini. Lepas ni bila Najib sakit, Dottie boleh pergi melawat negara sana sini jumpa PM dan Presiden negara sana sini. Jangan terkejut kalau terjadi!
![]() |
| Sayang isteri suap-suapkan |
Itulah, nak buat macam mana, sayangkan isteri punya pasal, pemangku pun pemangkulah. Tapi tindakan Dottie ini sebenarnya sekali lagi telah membuatkan orang yang sepatutnya berada di tempat tersebut menjadi seperti orang berjawatan kosong. Sampai tersembab-sembab muka, pun tak lepas jugak.
![]() |
| nak buat camana, dia besar! |
Siapa First Lady of Malaysia?
Sila klik SINI!



No comments:
Post a Comment