![]() |
| lencana mengarut |
Petugas JPJ didakwa peroleh rasuah RM200
SHAH ALAM: Seorang petugas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan memperoleh suapan RM200 sebagai dorongan untuk tidak mengeluarkan saman terhadap seorang pemandu lori April tahun lalu. Zafri Zulkepli, 28, dari Jasin, Melaka, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mat Ghani Abdullah.
Zafri, yang ditangkap pada 15 April tahun lalu, didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 , yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. -burita hairan
what a freaking..
1. Rasuah : RM 200
2. 5x Rasuah = RM 200 x 5 = RM 1,000.
3. atau RM 10, 000.
Mana lebih tinggi?! HAHAHAHAHA! Bodoh betul mamat tu! Dah la taraf PETUGAS, takda pegawai-pegawai pun, JPJ pulak tu, makan suap RM 200?! Pastu kantoi plak lagi tu! Adoiyai~ Kalau orang tanya apasal dia ni kantoi, jawapan dia ialah sebab dia PETUGAS JPJ! Kalau dia PEGAWAI JPJ, ini bukanlah satu kes. Kalau dia menteri jawa, had berjuta RM dan berkoyan tanah baru dikira sebagai rasuah! Kalau si budak ni adalah perdana menteri, mesti tak kantoi sebab suami sorok duit beratus ribu dalam coli!
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!


No comments:
Post a Comment