Friday, January 7, 2011

Betol-Betol Malang!


Man booked for alleged backhoe DUI


You don't have to be driving a car to be accused of drunken driving -- sometimes even a lawnmower can do the trick.

Or, a backhoe.
Read more: sfgate.com 


macam biasa, kena gelak dulu...
KAHKAHKAHKAHKAHKAH!

Kisah bermula pada suatu Ahad malam yang hening, Officer Thomas Herve dari Peronda Lebuhraya California melaporkan telah menemui sebuah 1996 Ford Mustang yang kemalangan di pinggir jalan Spring Hill iaitu timur Persiaran Pacheco di Petaluma (sumpah, aku tak tahu mana tempat ni!). Kereta tersebut dijumpai terbabas di tepi parit tetapi tiada siapa pun di tempat kejadian. Tidak lama kemudian Officer Herve terperasan sebuah BackHoe sedang menuruni bukit menuju ke tempat kejadian. Pemandu BackHoe tersebut, Juan Pablo Hernandez (chicharito chap ayam!), memberitahu Officer Herve bahawa Ford Mustang tu kereta dia. Mengikut cerita Mr. Hernandez kereta tersebut terbabas kerana hujan lebat di tengah jalan, dan beliau terpaksa berjalan kaki untuk pulang ke rumah dan mengambil BackHoe dengan niat ikhlas setulus kasih ingin mengeluarkan kereta tersebut dari dalam parit.


Officer Herve yang berpengalaman dalam bidang rondaan lebuhraya dan tidak makan rasuah seperti polis biasa cap ayam di ketuanan melayu mula mengesyaki sesuatu yang keikanan ataupun something fishy. Beliau menyuruh Mr. Hernandez menjalani ujian bagi menguji tahap sober dan dengan jayanya Mr. Hernandez gagal dengan cemerlang. The stupidest part is Mr. Hernandez telah ditahan dan diberikan 2 tiket saman atas kesalahan DUI (Driving Under Influence) dan satu lagi saman bagi kesalahan tiada lesen memandu. Bapak segala loser la kau ni, Hernandez. Hahahahaa~

No comments:

Post a Comment