PERKASA: Hab hiburan perlu di tempat khususPertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) berpendapat cadangan kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan malam bagi memacu industri pelancongan patut dilaksanakan di tempat yang khusus.
"(Dalam) soal agama, Wira Perkasa tak kompromi dalam memartabatkan agama, bangsa dan tanah air.
"Sebab itu lebih baik disediakan hub untuk operasi bagi memenuhi minta 'mereka' yang sebegitu di suatu tempat yang khusus," kata ketua Wiranya Arman Azha Abu Hanifah.
Dalam satu kenyataannya kepada Malaysiakini hari ini, Azman Azha berkata, tindakan itu dapat memudahkan pemantauannya daripada aspek keselamatan dan jenayah kerana menurutnya pusat hiburan sekarang ini ada di mana-mana dan sukar dikawal.
Dalam perkembangan berkaitan, pelbagai NGO Islam mula menyuarakan bantahan mereka terhadap cadangan itu, termasuklah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Angkatan Beliau Islam Malaysia (ABIM) dan Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPPM). -mkini.
Ini memang betol-betol mental. Kenyataan wira ini memang buat orang Melayu speechless. Kenyataan wira pekasam ini memang serupa mengipas bontot berapi, makin dikipas makin besar api, makin kembang lubang bontot.
Dah terang-terangan katanya nak buat kelab malam. Kelab malam itu bukan jual kopi tarik, tongkat ali 'kaw', roti canai roti kirai, nasik lemak ayam rempah, sirap limau perisa bandung. Kelab malam itu tempat beronggeng, tanik-tanik, tonggang-tonggang, tonggeng-tonggeng, entot-entot. Tempat khusus untuk aktiviti seperti itu adalah di sebelah masjid. Senang nak pantau keselamatan dan jenayah, seperti menurut kata wira pekasam.
Kini memang betol-betol terbuktilah, wira pekasam ini perjuangkan melayu. Memang betol-betol mental. Semangat bangsa melayu dijulang-julang, biarpun agama itu disisih, asalkan boleh memajukan bangsa tak apa. Ramai melayu nak ronggeng malam minggu, tipu anak tipu isteri, bohong mertua bohong laki, itulah perlunya tempat-tempat sebegini. Letak ditempat khusus supaya kalau suami hilang isteri, isteri hilang suami, mak bapak hilang anak, anak hilang mak bapak, dah tahu mana nak cari. Boleh mengurangkan statistik orang hilang disamping boleh beronggeng-ronggeng minum todi.
Dosa sikit tak apa, bila campur dengan pahala yang banyak-banyak tu nanti jadi neutral la. BODO PIANG! Ini memang betol-betol mental! Mental PEKASAM!
![]() |
| tulisan jawi ini hanya hiasan |
TUJUAN DAN MATLAMAT PERKASA: (dipetik dari blog ini )
1. Memperkasakan Islam sebagai Agama Persekutuan
2. Memperkasakan kedaulatan Raja-Raja Melayu
3. Mempertahankan hak-hak keistimewaan Orang Melayu
4. Memperkasakan kaum Pribumi
5. Memperetahankan kedaulatan Negara
6. Memperkasakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
"(Dalam) soal agama, Wira Perkasa tak kompromi dalam memartabatkan agama, bangsa dan tanah air." (silap aturan. letak bangsa dulu, tanah air no.2, agama last skali..kalau ada Ibrahim Ali, sila letak paling depan.)
..:: *puuuuuuttttt~ puuuuuuuuuuuuttttt~ kentut berbunyi halus ::..

No comments:
Post a Comment