Tuesday, October 26, 2010

Ini betol-betol takut!

Kereta tempur: RM8 bilion lebih bermanfaat untuk rakyat



KUALA LUMPUR, 26 Okt: Keputusan kerajaan meneruskan hasrat membeli 257 unit kereta tempur berperisai AV8 (APC) bernilai RM8 bilion wajar dipersoal, kata Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. D. Jayakumar.
Menurut beliau, sebut harga yang ditawarkan oleh DRB-Hicom Defence Technologies Sdn. Bhd. (Deftech) adalah tiga kali ganda lebih mahal dari harga pasaran sebuah APC terbaik di peringkat dunia; iaitu tidak melebihi RM10 juta seunit.
"Dengan hara RM31 juta sebuah sedangkan harga sebuah APC terkemuka di dunia hanya RM10 juta, maka tiga kali gandalah," ujarnya petang tadi di Dewan Rakyat.
Difahamkan, kerajaan sepatutnya memerlukan RM2.57 juta sahaja untuk membeli 257 APC, bukannya RM8 bilion seperti yang dipersetujui Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid bersama Deftech.
Disebabkan itu, katanya Ahmad Zahid tidak wajar mengaku di Dewan Rakyat untuk meneruskan rundingan tertutup itu apabila ditanya oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua pada 12 Oktober lalu.
"Jawapan kepada YB Tony Pua, 'ya' mereka (Kementerian Pertahanan) mahu buat (rundingan)," ujarnya ditujukan kepada Ahmad Zahid. -harakahdaily.



Ini betol-betol punya takut. Dah pakai FRU, dah pakai ISA, dah pakai PDRM, dah pakai RELA, dah pakai Pemuda, dah pakai Petua, semua pun tak jalan. Rakyat masih lagi nak sokong pihak Pakatan Rakyat. Mungkin ini salah satu cara terbaik untuk mendapatkan sokongan rakyat, secara paksa. Dulu baling tear gas, dulu tangkap pukul sekarang ni pang-pang-tebabo je lah.


Ini betol-betol takut. Pakatan Rakyat ni pun satu lah, tak habis-habis nak bangkang. Kalau asyik bangkang-bangkang, sampai bila nak maju? Kalau asyik bangkang-bangkang, siapa nak bayar duit kereta mewah bulan-bulan? Siapa nak bayar loan berjuta-juta? Siapa yang dapat komisen? Ini kereta perisai, harga 3 kali ganda, kuasa pun mesti tiga kali ganda. Takkan itu pun tak boleh faham? Tak lama lag nak PRU-13 pulak, APC semua ni mestilah kena sedia sebab nak pertahankan Putrajaya, walau berkecai tulang dan badan. Sebab tu lah kena ada APC ni. Inilah dikatakan Betol-Betol takut!

Ape2hal pun i nak nyanyi dulu..


Apa? Komisen? Mana adaa...Komisen apa?


No comments:

Post a Comment