KUALA LUMPUR, 22 Okt: Perkataan 'mendaya' yang digunakan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak pada ucapan dasarnya 'Mendaya Bangsa Meneraju Kemakmuran' dilihat mengelirukan.
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Edisi Ketiga, tafsiran rasmi 'mendaya' adalah ialah "menjalankan tipu daya (muslihat), menipu".
Pun begitu, Utusan Malaysia (muka surat 2) hari ini melaporkan, "ucapan bertajuk 'Mendaya Bangsa Meneraju Kemakmuran' yang disampaikan dalam nada yang serius itu berjaya memaku para perwakilan dan pemerhati selama satu setengah jam untuk sama-sama menghayati menghayati isi hati dan wawasan perjuangan beliau (Najib)”.
Dijangkakan kalimah 'mendaya' yang digunakan Najib bakal menggamit polemik awam khususnya pada sambungan sidang Dewan Rakyat, Isnin depan. - harakahdaily.net
Ini memang betol-betol berani. Kalau nak menipu, jangan sorok-sorok. Kalau nak membohong, jangan menyorok-nyorok. Kalau setakat menipu dengan orang kampung, tak siapa nak pandang. Kalau setakat membohong dengan orang tua, budak sekolah rendah pun boleh buat. Kalau nak menipu terang-terangan, buat secara professional. Biar ada liputan seluruh dunia, biar ada kamera berpetik sini-sana, biar ada pengikut yang memang setia, walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa, mereka pasti akan setia, dulu, kini dan selamanya. Ini baru betul cara kalau nak buat begitu. Tak perlu keluar dakwa-dakwi, tak perlu mengarang dakyah-dahyih, bukak kamus dewan dan cari perkataan sesuai. Honesty is the best policy! Kejujuran itu penting, sebab tu mesti bagitau awal-awal yang kita nak 'Mendaya Bangsa, Meneraju Kemakmuran'. Bila bangsa sudah di'mendaya', kemakmuran tu automatik akan diteraju, Diteraju oleh siapa? Ini kena tengok betol-betol siapa yang berani. Barulah betol-betol ketuanan! Mendaya tu apa? Kau ni memang betol-betol la. Ni namanya mendaya:
![]() |
| klik untuk pautan ke Kamus Dewan |


No comments:
Post a Comment