Tuesday, October 26, 2010

Ini betol-betol enjoy!

ETP: Lebih banyak kelab malam, spa akan dibina


Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).


Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.


Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan semalam, ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan. - mkini.








Haaa...Ini baru betol-betol enjoy! Kalau dulu kelab malam buka sampai pukul 3 pagi, lepas ni boleh buka sampai pukul 8 pagi. Lepas sedap-sedap boleh pegi masuk ofis. Nak lagi best, masa lunch time pun boleh pegi cucuk langit. Ini baru betol-betol enjoy!


Ini baru betol-betol enjoy! Kalau dulu Pussy Cat Dolls datang Sunway tayang-tayang peha, tunjuk-tunjuk *TEEETTT!, lepas tu Adam Lambert pun datang buat show, lepas ni boleh la panggil Deicide, Mercyful Fate, Mayhem dan Gorgoroth pulak. Tu semua band internasional. Boleh la mereka buat ceramah bergerak untuk sebarkan fahaman Satanism.




Ini baru betol-betol enjoy! Acara F1 akan dipakejkan semula, atau dengan bahasa lebih mudah, dibungkuskan. Kalau kini setiap kali F1 akan ada Speedzone Party, lepas ni cub-prix pun boleh buat Speedzone Party. Supplier beer tersenyum mengenangkan laba hasil jualan beer tak lama lagi.

Ini baru betol-betol enjoy! Mungkin ada cadangan dari pucuk pimpinan, ahli Pekembar semakin bertambah-tambah, setiap kali perhimpunan disko dangdut jadi sarat. Ahli bertambah, setiap kali perhimpunan tak cukup botol air dihidang. Bila ada yang sebegini, barulah lapang sikit disko dangdut, barulah Datuk-Datuk, Abang-Abang, boleh usung-usung, peluk-peluk, rapat-rapat. Ini barulah betol-betol enjoy!


Yang lain tu bunga saja, yang penting ENJOY!

No comments:

Post a Comment